Kes Covid Sabah Meningkat, Pejabat Bahagian Kewangan Dan Pengurusan JKM antara yang ditutup.

Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu – – jumlah kes covid yang dilaporkan di Sabah semalam merekodkan sebanyak 1,600 kes baharu Covid-19, naik 315 kes berbanding 1,285 kes kelmarin.

Turut diarah tutup mulai semalam adalah bahagian pengurusan kewangan, Jabatan Ketua Menteri di aras 24, apabila terdapat beberapa kakitangan di bahagian itu yang dilaporkan positif jangkitan covid-19. 

Di dalam notis yang dilihat Sabah Media, kakitangan di jabatan berkenaan kini diarahkan untuk beroperasi di Rumah sehingga ada arahan penamatan kuarantin daripada Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

Semalam, Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata tiada kes kematian disebabkan Covid-19 dilaporkan, manakala seramai 418 pesakit dilaporkan sembuh.

hampir semua daerah di Sabah merekodkan peningkatan kes Covid-19 semalam dengan Kota Kinabalu mencatat jumlah tertinggi sebanyak 371 kes, diikuti Sandakan (322 kes), Tuaran (150 kes) dan Penampang (138 kes). 

Dalam pada itu, Masidi turut melaporkan bahawa Satu lagi kluster baharu Covid-19 berkaitan institusi pendidikan dilaporkan di Sabah, semalam, yang membabitkan pelajar asrama Sekolah Menengah (SM) Maktab Sabah, Sembulan. 

Katanya Kluster Jalan Pintas Sembulan itu, setakat ini, menjangkiti seramai 18 pelajar asrama sekolah berkenaan.

Beliau berkata, kluster itu tercetus selepas kes indeks iaitu seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun dikesan positif Covid-19 melalui saringan bergejala pada 3 Februari lalu.

“Pelajar itu mula bergejala pada 3 Februari 2022 sebelum menjalani ujian RT – PCR pada hari yang sama dan didapati positif. Kes indeks sudah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) untuk dikuarantin dan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Katanya, seramai 79 orang kontak rapat sudah disaring dan 17 pelajar lagi didapati positif, menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi Kluster Jalan Pintas Sembulan itu seramai 18 orang, setakat ini.

Bagaimanapun, katanya semua yang didapati positif berada dalam kategori bergejala ringan iaitu Kategori 2 dan sudah dihantar ke pusat kuarantin selain menerima rawatan yang sesuai.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.