HomeUtamaKes harian meningkat, Rt kebangsaan melonjak pada 1.32

Kes harian meningkat, Rt kebangsaan melonjak pada 1.32

Read Time:1 Minute, 12 Second

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 terus melonjak pada kadar 1.32 semalam, berbanding 1.27 kelmarin, kesan peningkatan mendadak kes baharu di seluruh negara sejak Ahad lalu.

Berdasarkan data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya hari ini, semua negeri melepasi kadar Rt 1.0 dengan Perlis dan Sabah merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.54.

Ia diikuti Sarawak dengan 1.48, Terengganu mencatatkan 1.36, Kedah (1.32), Pulau Pinang (1.25), Putrajaya (1.29) dan Johor serta Pahang (1.24).

Sementara itu, Rt di tiga negeri iaitu Selangor, Melaka dan Perak berada pada kadar 1.23, disusuli Negeri Sembilan yang merekodkan 1.12 dan kadar terendah ketika ini direkodkan di Kuala Lumpur iaitu 1.09.

Baca :-

Untuk rekod, kes harian COVID-19 sepanjang bulan ini terus mencatatkan peningkatan dengan kes dilaporkan semalam adalah yang tertinggi iaitu 11,034, berbanding kes pada Ahad lalu adalah 10,089 dan Sabtu (9,117).

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular