HomeUtamaBapa Pilih Beri Vaksin Kepada Anak Selepas Pengalaman Dijangkiti COVID-19

Bapa Pilih Beri Vaksin Kepada Anak Selepas Pengalaman Dijangkiti COVID-19

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Pengalaman pahit bertarung dengan jangkitan COVID-19 kategori ketiga dua tahun lalu membuatkan seorang bapa membawa anaknya mendapatkan suntikan COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).

Lee Su Vui,55, berkata, situasi kes jangkitan COVID-19 di negeri ini yang semakin tinggi turut membuka hatinya untuk segera membawa anaknya berusia 11 tahun mendapatkan vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) pagi tadi.

“Sebelum ini saya, isteri dan anak-anak pernah dijangkiti COVID-19 sebelum adanya program vaksinasi ini namun sayalah yang mengalami symptom yang paling teruk.

“Atas dari pengalaman lalu itu juga, saya membawa anak untuk mendapatkan vaksin bagi melindungi mereka dari dijangkiti terutama di sekolah dan pada hari ini juga, isteri saya turut mengambil dos penggalak,” katanya ketika ditemui di PPV HWKKS disini hari ini.

Katanya, meskipun risau dengan kesan sampingan vaksin terhadap anaknya namun beliau tetap yakin vaksin COVID-19 dapat mencegah daripada terkena jankitan yang lebih teruk.

Sementara itu, bagi seorang ibu, Dr Fan Hui Yin berkata, dia bersemangat untuk membawa anaknya berusia 11 tahun untuk mendapatkan vaksin COVID-19 .

“Saya sebenarnya menunggu janji temu tapi belum dapat.  Memandangkan kes semakin meningkat dan kebetulan ada ‘walk-in’ jadi saya ambil keputusan untuk bawa anak ke sini (PPV HWKKS).

“Anak saya tidak menolak untuk ambil vaksin sebab abang dia berusia 14 tahun juga sudah mengambil vaksin, jadi kira mudahlah bawa ke sini.  Proses pemberian vaksin tadi pun semua berjalan lancar, anak pun rasa okay,” katanya.

Pada hari ini, kes jangkitan COVID-19 terus meningkat kepada paras angka 3,000 dengan merekodkan angka kes sebanyak 3,333 kes dengan lebi 17 kluster melibatkan institusi pendidikan yang dilaporkan sejak 16 Januari lalu.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya turut mengadakan tinjauan ke PPV HWKSS bagi melihat pelaksanaan PICKids pagi tadi.

RELATED ARTICLES
Utama

Bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular