HomeUtamaCOVID-19 : Kes Jangkitan Melepasi Paras Angka 3,000

COVID-19 : Kes Jangkitan Melepasi Paras Angka 3,000

Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah mencatatkan rekod baharu apabila melepasi paras angka 3,000 dengan 3,333 kes yang dilaporkan hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu merupakan kedua tertinggi yang pernah dicatatkan di Sabah sejak 12 Mac 2020.

“Seluruh daerah di Sabah mencatatkan jangkitan baharu hari ini dan sebanyak 10 daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu 591 kes (+196), Sandakan 510 kes (+243), Penampang 324 kes (+163), Tuaran 266 kes (+74), Papar 224 kes (+63), Ranau 196 kes (+114), Tawau 191 kes (+78), Lahad Datu 169 kes (+32), Beaufort 116 kes (+42) dan Kota Marudu 102 kes (+54).

“Sejumlah 15 daerah mencatatkan kes dua angka dan dua daerah mencatatkan kes satu angka,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, angka perbandingan kes daerah-daerah di Sabah berbanding semalam juga menunjukkan beberapa daerah merekodkan pertambahan sehingga dua kali ganda, bahkan ada daerah yang mencatatkan peningkatan hingga empat kali ganda.

Katanya, hanya enam daerah yang merekodkan penurunan kes namun masih mencatatkan angka yang tinggi kecuali daerah Kalabakan.

“Jumlah kes melalui saringan bergejala yang sinonim dengan jangkitan sporadik amat tinggi, iaitu 1,724, hampir 52 peratus daripada jumlah keseluruhan  kes baharu hari ini.

“Sejumlah 185 kes baharu berpunca daripada 30 kluster yang masih aktif dengan 22 daripada kluster ini merupakan kluster institusi pendidikan.

“Hari ini, tiga lagi kluster baharu pendidikan diisytiharkan di Beluran, Keningau dan Kinabatangan,” katanya.

Katanya, sejumlah 3,318 (99.55 peratus) daripada 3,333 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2. Manakala terdapat enam kes dalam Kategori 3, enam kes dalam Kategori 4 dan tiga kes dalam Kategori 5.

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya