HomeUtamaCOVID-19 : Tiga Kluster Baharu Libatkan Institusi Pendidikan Dilaporkan Di Sabah

COVID-19 : Tiga Kluster Baharu Libatkan Institusi Pendidikan Dilaporkan Di Sabah

Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan tiga lagi kluster baharu melibatkan institusi pendidikan masing-masing dilaporkan di daerah Beluran; Keningau dan Kinabatangan pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, antara kluster yang dilaporkan ialah Kluster Simpangan Paitan; Kluster Access Menawo dan Kluster Bukti Garam.

“Bagi Kluster Simpangan Paitan, ia dikesan tercetus apabila kes indeks seorang pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpangan Paitan mula mengalami simptom selesema, batuk dan sakit tekak sejak 4 Februari lalu.

“Pelajar tersebut disaring pada 6 Februari dan didapati positif. Saringan terhadap kontak rapat di asrama yang sama mendapati 22 lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif seramai 23 orang.

“Semua kes dikategorikan dalam 1 dan 2 (gejala ringan) dan telah diasingkan serta diberi rawatan yang sesuai,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, bagi Kluster Access Menawo di Keningau pula ia melibatkan pelajar asrama Institut Pelajaran dan Dakwah Islam Sabah (IPDAS) Keningau.

Katanya, kes indeks adalah seorang pelajar perempuan berumur 21 tahun di institusi berkenaan yang mula bergejala pada 6 Februari dan didapati positif selepas menjalani saringan.

“Saringan terhadap kontak rapat di asrama yang sama mendapati 11 lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif seramai 12 orang.

“Semua kes dikategorikan dalam 1 dan 2 (gejala ringan), telah diasingkan dan diberi rawatan yang sesuai,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, Kluster ketiga yang dilaporkan hari ini ialah Kluster Bukit Garam di Kinabatangan yang melibatkan kes indeks seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun di SMK Bukit Garam 1.

Katanya, pelajar berkenaan disahkan positif selepas menjalani ujian saringan RTK-Ag di Hospital Kinabatangan pada 6 Februari lalu kerana bergejala.

“Pelajar tersebut mula mengalami simptom sejak 28 Januari lalu dan saringan mendapati dia positif dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan.

“Saringan ke atas kontak rapat seterusnya mendapati seramai 46 orang lagi dikalangan pelajar dan kakitangan sekolah didapati positif.

“Semua pesakit dikategorikan dalam Kategori 1 dan 2 (gejala ringan), telah diasingkan dan diberi rawatan yang sesuai,” katanya.

Sehingga hari ini, sebanyak 19 kluster melibatkan institusi pendidikan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilaporkan di Sabah sejak 16 Januari lalu manakala sebanyak tiga fasiliti pendidikan yang bukan dibawah KPM turut dilaporkan mempunyai kluster.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya