Dipenjara 6 Bulan Ekoran Buat Laporan Palsu Pencerobohan Lelaki Bersenjata

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:51 Second

LAHAD DATU – – Seorang lelaki warga asing dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Lahad Datu hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuat laporan palsu berkaitan kemasukan sekumpulan lelaki berpakaian celoreng dan bersenjata di Long Patau Tambisan, Lahad Datu.

Tertuduh Ben Jalan, berumur 42-tahun yang bekerja sebagai penyabit kelapa sawit membuat pengakuan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ryan Sagirann Rayner Jr.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membuat laporan palsu di Balai Polis Desa Kencana pukul 7.45-malam pada Khamis lepas mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda sehingga Dua Ribu Ringgit jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Lim Sze Chuen.

Majistret Ryan Sagirann Rayner Jr selepas mempertimbangkan rayuan Dan hujah menjatuhkan hukuman enam bulan penjara kepada tertuduh kerana membuat laporan palsu untuk kepentingan peribadi selain boleh menyebabkan ketakutan kepada orang awam terutama warga Lahad Datu atas insiden Tanduo sebelum ini.

Tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula tarikh tangkapan dibuat dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman.- Bestawau Fm

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *