Peter nafi perdaya MOF, Najib dan bekas ketua hakim negara 

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu berkata beliau juga tidak memalsukan surat sokongan itu selain tidak memperdaya saksi pendakwaan lain iaitu rakannya Mohd Shukur Mohd Din, bekas Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMS Profesor Dr Shariff Abd Kadir Shariff Omang, bekas Pengerusi Ulink Property Sdn Bhd Datuk Abdullah Mohd Said dan bekas Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Mohd Harun Abdullah.