HomeUtamaCOVID-19 : Sabah Terus Catat Peningkatan Kes Jangkitan

COVID-19 : Sabah Terus Catat Peningkatan Kes Jangkitan

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah kembali mencatatkan angka kes tertinggi dengan merekodkan 3,361 kes pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 392 kes berbanding semalam.

“Kota Kinabalu mencatatkan kes tiga angka yang tertinggi dengan 782 kes, diikuti oleh Sandakan 374 kes, Tuaran 310 kes, Tawau 263 kes, Penampang 254 kes, Papar 244 kes, Lahad Datu 152 kes, Beaufort 123 kes, Kota Belud 122 kes dan Ranau 107 kes.

“Sebanyak 15 daerah lain mencatatkan kes pada dua angka dan dua daerah pula mencatatkan kes satu angka,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, kes-kes bergejala (simptomatik) kekal tinggi dengan 1,785 kes atau 53.11 peratus daripada keseluruhan jumlah kes hari ini.

Katanya, sejumlah 18 daripada 27 daerah merekodkan kes bergejala yang lebih tinggi dan berkemungkinan daerah-daerah yang akan mencatatkan pertambahan kes baharu yang lebih tinggi.

“Kes-kes bergejala yang merebak secara simptomatik adalah tanda-tanda virus itu aktif dalam masyarakat dan akan merebak dengan cepat dan secara meluas.

“Jumlah kluster yang aktif diseluruh Sabah setakat ini ialah 36 kluster termasuk dua kluster baharu yang diisytiharkan hari ini,” katanya.

Katanya, sebanyak 26 daripada kluster-kluster ini adalah kluster yang melibatkan institusi pendidikan, enam Kluster Tempat Kerja, dua Kluster Komuniti dan masing-masing satu kluster untuk Kluster Keagamaan dan Kluster Berisiko Tinggi.

“Sejumlah 3,353 (99.76 pertaus) daripada 3,361 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat lima kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular