8,321 kanak-kanak terima vaksin Covid-19 setakat semalam.

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU – sebanyak 2,465 kanak-kanak menerima vaksin dos pertama vaksin covid-19, menjadikan bilangan kumulatif populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Negeri Sabah yang menerima dos pertama vaksin Covid-19 ialah 8321 atau 2.02 %.

Menurut kenyataan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun malam tadi,seramai 2,411,727 orang penduduk Sabah telahpun menerima dos lengkap mereka.

Dalam pada itu Sebanyak 169,710 atau 4.8% populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

PICKids dilancarkan 3 Feb lepas dengan kerajaan menetapkan sela masa selama lapan minggu antara dos pertama dan kedua.

Sementara itu, berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 13,258,893 atau 56.4% populasi dewasa dalam negara telah menerima dos penggalak Covid-19, setakat semalam.

Sejumlah 22,936,644 individu atau 97.5% daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 98.7% atau 23,212,859 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,795,507 individu atau 89.8% daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,874,510 atau 92.3% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan 118,875 dos vaksin diberikan meliputi 35,441 dos pertama, 649 dos kedua dan 82,785 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah PICK sebanyak 65,042,686 dos.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *