HomeSukanSabah FC Gagal Cipta Kemenangan Pertama Piala SMJ 2022

Sabah FC Gagal Cipta Kemenangan Pertama Piala SMJ 2022

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU : Sabah FC gagal mencatat kemenangan pertama dalam perlawanan pembukaan Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) 2022 selepas tewas tipis dengan jaringan 1-2 kepada TRW Kelantan FC di Stadium Likas disini sebentar tadi.

Sebaik wisel pertama ditiup, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee lebih banyak melakukan serangan dan percubaan ke gawang TRW Kelantan FC.

Pada minit ke-15, pemain import Sabah FC, Altemir Cordeiro Pessoa Netto hampir menjaringkan gol pertama selepas membuat rembatan terus dari jarak 30 meter namun berjaya diselamatkan penjaga gol TRW Kelantan FC Nik Mohd Amin Ahmad.

Sabah FC hampir mendahului jaringan apabila penyerang Mohd Amri Yahyah menjaringkan gol pertama pada minit ke -32 namun dibatalkan pengadil selepas Amri berada di posisi offside.

Pasukan TRW Kelantan FC turut membuat serangan balas apabila Syed Sobri Syed Mohd membuat percubaan ke gawang Sabah FC pada minit ke-40 namun terkena palang seterusnya berjaya dikeluarkan pertahanan skuad Badak.

Tamat masa rehat, Sabah FC tidak menunggu lama untuk mencipta gol pertama apabila pemain import Saddil Ramdani berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dari jarak 30 meter bagi membolehkan Sabah FC mendahului 1-0.

Walaubagaimanapun, TRW Kelantan FC kembali membalas serangan apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan hasil jaringan Muhammad Alifh Aiman Mohamad Rosman pada minit ke-71 menjadikan kedudukan 1-1.

Hasrat tuan rumah untuk menambah jaringan tidak kesampaian apabila TRW Kelantan FC dihadiahkan sepakan penalti selepas pemain Sabah FC Tommy Mawat Anak Bada mengasari pemain lawan dalam kotak penalti

Sepakan penalti TRW Kelantan FC itu disempurnakan pemain import Kervens Belfort pada minit ke -87 menjadikan keputusan 1-2 sehingga tamat perlawanan.

Sabah FC akan meneruskan saingan Piala SMJ 2022 bertemu Sarawak United FC pada 15 Februari jam 9 malam manakala TRW Kelantan FC akan bertemu Kedah Darul Aman (KDA) FC pada hari sama jam 4.15 petang.

RELATED ARTICLES
Sukan

Lebih 800 atlet sertai MASUM Fasa Satu 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya