HomeUtamaHajiji Terima Kunjungan Hormat Tengku Zafrul

Hajiji Terima Kunjungan Hormat Tengku Zafrul

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini. (14 Feb)

Deligasi Zafrul terdiri daripada Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Zakiah Jaafar, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Datin Rashidah Mohd Sies, Pengarah Belanjawan Negara, Datuk Johan Mahmood Merican dan Pengarah Unit LAKSANA, Dato Shahrul Nazri Dato Abdul Rahim.

Menurut Hajiji, pertemuan ini memberi ruang untuk membincangkan secara terperinci hal-hal mengenai ekonomi Sabah pasca COVID-19 sekali gus memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus menyokong inisiatif-inisiatif berkaitan kebajikan dan pembangunan Sabah.

“Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Kementerian Kewangan atas komitmen dan perhatian terhadap pembangunan ekonomi negeri ini.

“Semoga kunjungan ini akan mengeratkan lagi hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat,”katanya.

Hadir sama ialah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Datuk Rusdin Riman.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular