COVID-19: Kes Jangkitan Sporadik Dilaporkan Amat Tinggi

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah kembali menurun sedikit kepada 4,794 kes dengan penurunan sebanyak 288 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu sebanyak 3,076 kes atau 64.2 peratus merupakan jumlah jangkitan sporadik dalam komuniti yang amat tinggi.

Katanya, jumlah kes harian akan terus berada dalam paras tinggi dalam masa terdekat.

“Sebanyak 13 daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu 904 kes, Penampang 513 kes, Sandakan 459 kes, Tuaran 444 kes, Papar 347 kes, Tawau 273 kes, Lahad Datu 242 kes, Beaufort 203 kes, Ranau 195 kes, Kota Belud 156 kes, Kota Marudu 149 kes, Keningau 136 kes dan Putatan 128 kes.

“Bilangan daerah yang mencatatkan kes pada dua angka ialah 13 daerah dan Tongod pada hari ini menjadi daerah dengan catatan sifar kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, bilangan kluster di seluruh Sabah juga meningkat kepada 41 kluster hari ini, berikutan pertambahan tiga kluster baharu melibatkan institusi pendidikan.

Katanya, tiga kluster berkenaan ialah Kluster Batu Enam Kota Belud, Kluster Jalan Sugut Ranau dan Kluster Kemburongoh 2 di Ranau.

“Terdapat satu kluster tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Kepayan Tambunan yang melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan, kluster institusi pendidikan yang pertama dikesan pada tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, sejumlah 99.56 peratus atau 4,773 daripada 4,794 kes adalah dalam Kategori satu dan dua.

Katanya, terdapat 11 dalam Kategori tiga, sembilan kes dalam Kategori empat dan satu kes dalam Kategori lima pada hari ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *