HomeUtamaCOVID-19 : Dua Kluster Institusi Pendidikan Dilaporkan Di Kota Marudu, Keningau

COVID-19 : Dua Kluster Institusi Pendidikan Dilaporkan Di Kota Marudu, Keningau

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan dua lagi kluster baharu melibatkan institusi pendidikan masing-masing dilaporkan di daerah Kota Marudu dan Keningau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster itu adalah Kluster Kampung Lampada Kota Marudu dan Kluster Bukit Langsat Keningau.

Katanya, jumlah keseluruhan kluster di Sabah setakat ini ialah 42 kluster dengan satu kluster yang diisytihar tamat semalam iaitu Kluster Sungai Trayon di Kinabatangan yang merupakan Kluster Tempat Kerja.

“Kluster Kampung Lampada adalah kluster yang melibatkan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Lampada, Kota Marudu.

“Indeks kes adalah seorang pembantu pengurusan murid di asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Lampada, berusia 36 tahun, warganegara dan dikesan melalui saringan bergejala pada 15 Februari lalu.

“Saringan terhadap kontak rapat telah mendapati pertambahan 24 kes. Secara keseluruhannya, jumlah kumulatif ialah 25 kes positif setakat 18 Februari,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya manakal kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin.

Sementara itu, Masidi berkata, Kluster Bukit Langsat pula adalah melibatkan pelajar di dalam Asrama Perempuan, Blok Cempaka dan Blok Dahlia, Institut Pengajian Guru (IPG) Kampus Keningau.

Katanya, kes indeks adalah seorang pelajar perempuan, 21 tahun, warganegara dan dikesan melalui saringan bergejala pada 10 Februari lalu.

“Saringan terhadap kontak rapat telah mendapati pertambahan 24 kes. Secara keseluruhannya, jumlah kumulatif ialah 25 kes positif setakat hari ini.

“Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya