HomeIsu tempatanMaritim Malaysia Tahan Dua Bot Pukat Tunda Atas Pelbagai Kesalahan

Maritim Malaysia Tahan Dua Bot Pukat Tunda Atas Pelbagai Kesalahan

Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Dua bot pukat tunda ditahan atas pelbagai kesalahan dalam satu operasi oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di perairan Tuaran dan Kota Belud pada awal pagi Jumaat. (18 Feb)

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksaman Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, radar Sistem
Pengawasan Laut (SWASLA) Sabah telah mengesan dua aktiviti mencurigakan di Tanjung Tembungo, Tuaran dan Teluk Ambong, Kota Belud awal pagi tadi.

“Maklumat berkenaan disalurkan kepada aset laut yang sedang melaksanakanoperasi rutin di sekitar perairan Kota Kinabalu untuk lokasi-lokasi tersebut bagi pengesanan dan pemeriksaan.

“Setiba di perairan Tanjung Tembungo jam 3.30 pagi tadi , bot ronda Maritim Malaysia mendapati sebuah bot pukat tunda sedang melakukan aktiviti menunda di bawah 3 batu nautika dan setelah diperiksa didapati nama-nama kru tidak sama seperti tercatat di lesen bot tersebut.

“Bot berkenaan serta kru disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/60,” katanya.

Di lokasi berbeza, bot ronda Maritim Malaysia juga telah manahan sebuah lagi bot pukat tunda di perairan Teluk Ambong pada jam lebih kurang 4.50 pagi tadi. Bot pukat tunda tersebut didapati sedang melakukan aktiviti menunda di persisir pantai.

Menurut Mohd Rosli, bot tersebut telah diperiksa dan didapati telah melakukan kesalahan di bawah Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana empat kru tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Kedua-dua bot tunda itu telah dibawa masuk ke Jeti Maritim Negeri Sabah, Sepanggar untuk siasatan lanjut.

Maritim Malaysia menyeru kepada komuniti maritim untuk terus menyalurkan maklumat mengenai aktiviti jenayah yang berlaku di sekitar perairan Kota Kinabalu ke Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah ke talian 088-387774.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya