KDA FC Muncul Juara Piala SMJ 2022

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Kedah Darul Aman (KDA) FC muncul juara Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) 2022 selepas mempunyai kelebihan perbezaan jaringan dengan pungutan mata yang sama dengan TRW Kelantan FC dan Sabah FC di Stadium Likas malam tadi.

Pada perlawanan terakhir menentang Sabah FC pada kejohanan itu, KDA FC tewas dengan jaringan 1-0 kepada tuan rumah selepas pemain import skuad Badak Altemir Cordeiro Pessoa Neto berjaya menjaringkan gol pada minit ke-52.

Ketua Jurulatih KDA FC Aidil Sharin Sahak berkata, beliau berpuas hati dengan rentak permainan yang ditunjukkan anak buahnya sepanjang kejohanan diadakan.

“Apa yang penting kita telah mencapai objektif untuk melakukan persediaan menghadapi saingan Liga Super Mac ini.

“Kejohanan ini baik untuk perlawanan, baik untuk kecergasan dan persediaan pasukan-pasukan yang terlibat,” katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan malam tadi.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, meskipun bermain tanpa beberapa pemain utama ekoran mengalami kecederaan namun pemain-pemain yang beraksi banyak memberi semangat kepada pasukan kendaliannya.

“Matlamat kita bukan untuk menjadi juara, yang penting kita dapat tiga perlawanan yang cukup penting buat persiapan kita.

“Meskipun bermain tanpa pemain utama namun pemain yang beraksi mampu beraksi dengan baik selepas ini,” katanya.

Kim Swee berkata, Sabah FC juga dilihat telah menunjukkan peningkatan dari satu perlawan ke satu perlawanan lain dan ianya dapat memberikan satu suntikan moral kepada pasukan.

Katanya, para pemain juga tidak boleh terbawa-bawa dengan kemenangan yang ada namun tetap dapat memberi keyakinan kepada semua untuk Sabah FC beraksi dengan lebih baik.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *