HomeIsu tempatanAPMM Bantu Selamatkan Kru dan Kapal Kontena Hanyut Di Perairan Pulau Pom...

APMM Bantu Selamatkan Kru dan Kapal Kontena Hanyut Di Perairan Pulau Pom Pom

Read Time:1 Minute, 2 Second

SEMPORNA: Sebuah kapal kontena yang hanyut disebabkan kegagalan jentera utama gagal berfungsi di perairan Pulau Pom Pom dekat sini diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Semporna pada Jumaat. (18 Feb)

Menurut kenyataan media APMM Zon Maritim Semporna hari ini, pihaknya menerima maklumat daripada Zon Maritim Lahad Datu berkenaan sebuah kapal kontena berdaftar dengan nama Danum 171 milik syarikat Shin Yang Shipping Sdn Bhd dikatakan dalam pelayaran daripada Kota Kinabalu menuju ke Tawau telah mengalami kerosakan pada janakuasa utama semasa melalui kawasan perairan pulau Pom Pom dan gagal dikemudikan lalu hanyut ke arah Pulau Pom Pom pagi semalam.

“Bot Peronda Cenderawasih 09 dan Bot Adal 18 telah diatur gerak ke lokasi kejadian untuk mengawasi dan kawalan keselamatan persekitaran bagi mengelakkan berlaku sebarang insiden.

“Pada jam lebih kurang 4.00 petang Danum 171 telah ditunda keluar oleh bot tunda Santalu 36 dari kawasan perairan tersebut dan dibawa menuju ke Lahad Datu untuk pembaikan sebelum meneruskan pelayaran,”kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, kesemua kru kapal seramai 17 orang selamat di atas kapal tersebut.

Dalam pada itu, Zon Maritim Semporna telah membuat pemantauan terhadap kapal tersebut pada jam 10.00 pagi semalam sehingga kapal selamat berlabuh di pelabuhan kontena Lahad Datu pada jam 8.05 pagi tadi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya