HomeIsu tempatan221 Peserta Sertai Perkongsian Ilmu MAKNA

221 Peserta Sertai Perkongsian Ilmu MAKNA

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Seramai 221 peserta mengikuti program perkongsian ilmu bersama Majlis Kanser Nasional (MAKNA) anjuran Biro Pendidikan dan Pelajaran Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA), kelmarin.

Dengan tajuk “All about Cancer”,  program itu diadakan secara langsung dalam talian melalui aplikasi Webex dan laman facebook rasmi KESUMBA.

Ketua Biro Pendidikan dan Pelajaran KESUMBA, Rina Norgainathai berkata, program selama dua jam itu antara lain bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran berkaitan kanser yang menjadi punca kematian keempat tertinggi di Malaysia.

“Perkongsian ilmu ini disampaikan Pegawai Perubatan MAKNA, Dr Muhammad Faiz Taib dan  penceramah dari MAKNA cawangan Sibu, Sarawak, Mohd Hidhir Abu Bakar.

“Para peserta terdiri daripada orang awam dan warga UMS. Ia turut diisi dengan kuiz kesedaran kanser,” katanya.

Rina berkata demikian ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Muhammad Faiz dalam perkongsiannya telah mengupas pelbagai isu berkaitan kanser, termasuk statistik pesakit kanser di Malaysia, punca dan penjagaan kesihatan bagi megelakkan kanser.

“Saya menyeru agar rakyat Malaysia mendapatkan rawatan segera sekiranya mempunyai tanda-tanda awal kanser.

“Setiap orang perlu peka terhadap sebarang perubahan dan gejala kerana kanser ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja,” katanya.

Sementara itu, Mohd Hidhir dalam perkongsiannya pula memberi pendedahan berkaitan fungsi MAKNA dalam membantu pesakit-pesakit kanser.

“MAKNA merupakan sebuah pertubuhan sosial bukan berasaskan keuntungan ditubuhkan untuk menyediakan rawatan, penjagaan, pencegahan, penyelidikan dan perkhidmatan sokongan kanser bagi pesakit kanser serta keluarga mereka.

“Kami ingin mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menyertai sukarelawan bersama MAKNA.

“Bagi yang ingin menjadi penyumbang kepada MAKNA sangat dialu-alukan dengan mengisi borang di pautan https://mymakna.org.my/mpac/selectMpacFormLang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sambutan Pesta Kaamatan daerah Tuaran bermula 4 Mei ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya