HomeUtamaCOVID-19 : Kes Jangkitan Catat Angka Dibawah Paras 4,000

COVID-19 : Kes Jangkitan Catat Angka Dibawah Paras 4,000

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah kembali merekodkan angka dibawah paras 4,000 iaitu sebanyak 3,971 kes pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu merupakan penurunan sebanyak 435 kes berbanding semalam.

Katanya, meskipun jumlah kes jangkitan di Sabah dilaporkan menurun namun jumlah yang dicatatkan masih tinggi.

“Sebanyak 13 daerah merekodkan kes baharu tiga angka. Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi dengan 735 kes, Penampang 516 kes, Tuaran 410 kes, Tawau 338 kes, Papar 320 kes, Sandakan 198 kes, Keningau 155 kes, Kota Belud 154 kes, Beaufort 153 kes, Putatan 150 kes, Kota Marudu 135 kes, Lahad Datu 129 kes dan Ranau 105 kes.

“Sebanyak 12 daerah lain merekodkan kes dua angka sementara Kudat mencatat sembilan kes dan Kalabakan tujuh kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, sebanyak 15 daerah mencatatkan penurunan jumlah kes harian termasuk beberapa daerah yang merekodkan penurunan yang banyak seperti Kota Kinabalu (-342 kes), Papar (-131 kes), Nabawan (-54 kes), Ranau (-49 kes), Keningau (-37 kes) dan Tambunan (-33 kes).

Katanya, walau bagaimanapun peratusan jangkitan sporadik (kes bergejala) hari ini amat tinggi, iaitu 67.41 peratus dan satu petanda bahawa kes-kes baharu boleh bertambah secara mendadak pada bila-bila masa.

“Sejumlah 99.09 peratus atau 3,935 daripada 3,971 kes adalah dalam kategori satu dan dua. Terdapat 12 kes dalam kategori tiga, 17 kes dalan kategori empat dan tujuh kes dalam kategori lima,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 32,047 kanak-kanak daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun yang layak untuk divaksin.

Katanya, sebanyak 505 kes pada hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 209 kes merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah 5 tahun).

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya