HomeSukanGary Steven Robbat Pemain Terakhir 'Diikat' Sabah FC

Gary Steven Robbat Pemain Terakhir ‘Diikat’ Sabah FC

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Bekas pemain skuad Harimau Muda Gary Steven Robbat sah diumumkan menyertai Sabah FC sebelum jendela perpindahan pertama Liga Malaysia musim ini ditutup petang semalam.

Perkara itu turut diumumkan menerusi hantaran di Facebook Sabah FC selepas bekas pemain Melaka United (MU) itu menandatangani kontrak untuk bermain bersama pasukan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Pemain berusia 29 tahun itu sebelum ini menyertai MU secara pinjaman bagi satu musim namun tidak berjaya mempamerkan kredibilitinya berikutan mengalami kecederaan.

Gary sebelum ini juga pernah berlatih bersama kelab Bundesliga, Borussia Dortmund dan turut bermain dalam pauskan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum dipinjamkan ke MU.

Kehadiran Gary dalam pasukan Sabah Fc musim ini bakal memberi banyak pilihan pemain kepada Ong Kim Swee untuk merencana sesuatu pada musim ini.

Selain Gary, Sabah FC turut membarisi beberapa pemain baharu yang dulunya pernah beraksi bersama Harimau Muda antaranya Khairul Fahmi Che Mat, Nazirul Naim, Irfan Fazail dan Dominic Tan.

Khairul dan Irfan pernah membantu pasukan negara memenangi pingat emas Sukan SEA 2011 lalu di Indonesia.

Selain membawa masuk bekas bintang Harimau Muda, pengurusan pasukan juga membawa masuk beberapa pemain senior dan pemain muda yang meningkat naik antaranya Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali, Stuart Wilkin, Azhad Harraz dan Harith Naem.

Berdasarkan beberapa pemain ternama yang dibawa masuk ke Sabah FC, jelas dilihat matlamat pasukan itu musim ini adalah untuk memenangi piala dan peminat menganggap mereka akan menjadi salah satu pencabar dalam saingan Liga Super musim ini.

Sabah FC akan membuka tirai saingan Liga Super 2022 bertemu Negeri Sembilan FC pada 4 Mac depan di Stadium Likas.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah mahu kekalkan kejuaraan Liga Wanita Nasional

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya