HomeUtamaKerajaan Komited Tingkatkan Sosioekonomi Pasca Pandemik COVID-19

Kerajaan Komited Tingkatkan Sosioekonomi Pasca Pandemik COVID-19

Read Time:40 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Persekutuan terus komited bagi meningkatkan sosioekonomi rakyat pasca pandemik COVID-19 khususnya di Sabah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, bagi merealisasikan usaha tersebut, pihaknya mengadakan perbincangan serta kerjasama erat dengan kerajaan negeri.

“Kita perlu mengenal pasti kekangan yang ada agar rangka kerja  pembangunan khususnya berkaitan aspek sosioekonomi dapat diperhalusi demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, disini semalam.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan, setelah Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Disember lepas, kerajaan sentiasa mengambil berat pelaksanaan tuntutan yang terkandung dalam perjanjian terbabit.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular