HomeUtamaProgram Jerayawara Keluarga Malaysia Bantu Beri BanyakMaklumat Kepada Rakyat

Program Jerayawara Keluarga Malaysia Bantu Beri BanyakMaklumat Kepada Rakyat

Read Time:1 Minute, 25 Second

TUARAN: Rakyat di negeri ini khususnya ibu-ibu dan suri rumah perlu mengambil peluang untuk hadir ke Program Jerayawara Keluarga Malaysia: Keluarga@Kerja bagi menambah pengetahuan berkaitan institusi kekeluargaan dan penjagaan kesihatan.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag berkata, program yang bermula di Tuaran hari ini, adalah titik permulaan kepada siri penjelajahan program ini ke seluruh negeri mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah dipilih.

Juliah yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) berkata, program ini memberi banyak manfaat kepada rakyat terutama wanita, khususnya dalam aspek pembangunan dan pengukuhan institusi kekeluargaan serta kesihatan.

“Sehubungan itu, saya berharap lebih ramai wanita khususnya ibu-ibu, suri rumah dan wanita yang bekerja untuk meluangkan masa hadir dalam program seperti ini yang turut diadakan di beberapa kawasan lain.

“Program seperti ini adalah antara usaha kerajaan untuk membantu wanita lebih peka dengan penjagaan kesihatan diri. Saya juga meminta semua yang hadir pada hari ini agar mengambil peluang bukan saja menimba pengetahuan baharu berkaitan institusi kekeluargaan tetapi juga mendapatkan nasihat kesihatan yang berkaitan.

“Pesan saya, kita perlu menjadi wanita yang sentiasa menjaga kesihatan kerana kita adalah orang penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan,” katanya ketika merasmikan Program Jerayawara Keluarga Malaysia: Keluarga@Kerja di sini, pada Khamis.

Program itu kerjasama antara Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sabah Mutiara GRS.

Juliah berkata, selain daripada program pendidikan kekeluargaan, Perkhidmatan Keluarga Bergerak (PKB) LPPKN turut disediakan antaranya bagi memberikan khidmat nasihat klinikal, saringan pemeriksaan kesihatan dan pendaftaran mamogram secara percuma kepada wanita yang layak mengikut kriteria yang
telah ditetapkan.

“Saya yakin dengan perlaksanaan program Jerayawara ini, peserta akan mendapat manfaat dalam aspek kesihatan selain kekeluargaan termasuk bantuan subsidi yang disediakan kerajaan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular