Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata keputusan ditetapkan penimbang tara, Dr Gondoza Stampa itu sudah dibatalkan dan tidak lagi sah dari segi undang-undang.
Kira-kira 200 peserta wakil daripada negeri-negeri di Malaysia menyertai Expo Usahawan Wanita Antarabangsa Malaysia Sabah (Sabah International Women Entreprenuer Expo (SIWE 2022) di Sabah International Convention Centre (SICC) dekat sini, hari ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengambil
peluang bertemu dan memberi kata-kata semangat kepada dua rakyat Sabah yang terpilih mengikuti ekspedisi menawan Gunung Everest, yang bermula pada 26 Mac ini.
Kes jangkitan COVID-19 di Sabah kembali mencatat penurunan dengan 1,154 kes baharu dilaporkan pada hari ini iaitu 198 kes lebih rendah berbanding jumlah semalam.
Tiga premis perniagaan diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah selepas disyaki menjual barangan mewah tiruan dalam satu operasi yang dijalankan selama dua hari berakhir semalam.
Kerajaan akan terus berusaha bagi meningkatkan kadar pemberian vaksin COVID-19 kepada semua golongan khususnya di negeri ini meskipun berdepan dengan pelbagai tanggapan negatif dari masyarakat.
Sabah akan menunggu butiran prosedur operasi standard (SOP) lebih terperinci oleh kerajaan Pusat sebelum membuat sebarang cadangan berkaitan pembukaan sempadan negara pada 1 April ini.
Sepakan sudut dan sepakan percuma berjaya dimanfaatkan sepenuhnya Sabah FC untuk mencipta kemenangan selesa menewaskan Petaling Jaya (PJ) City FC 3-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Likas malam tadi.