COVID-19 : Hanya 22 Kes Meningkat

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah tidak banyak berubah dengan kedudukan semalam apabila sebanyak 1,176 kes dilaporkan pada hari ini dengan peningkatan sebanyak 22 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, hanya 12 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini.

Katanya, perubahan jumlah kes harian berbanding sebelumnya adalah pada pada julat yang kecil kecuali di Kota Kinabalu (+91) dan Penampang (+74) yang mencatatkan peningkatan yang agak tinggi dan di Beaufort (-58) manakala Sandakan (-47), yang menunjukkan penurunan yang agak signifikan. 

“Kita boleh simpulkan  bahawa, peningkatan dan penurunan kes harian dibeberapa daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran banyak mempengaruhi jumlah kes harian yang dilaporkan setiap hari.

“Sebanyak 64.54 peratus daripada semua kes hari ini merupakan kes jangkitan sporadik dan penyumbang utama kes-kes baharu di 24 daripada 27 daerah di Sabah,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, tiga daerah mencatatkan kes tiga angka hari ini iaitu Kota Kinabalu 356 kes, Penampang 139 kes dan Papar 105 kes.

Katanya, sebanyak 18 daerah lagi mencatatkan kes dua angka dan enam daerah pula mencatatkan kes satu angka iaitu Kinabatangan, Nabawan, Kunak, Tongod, Semporna dan Kalabakan.

“Sebanyak 1,154 atau 98.13 peratus daripada 1,176 kes-kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, sembilan kes dalam Kategori 3, 10 kes dalam Kategori 4 dan tiga kes dalam Kategori 5,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, satu kluster institusi pendidikan yang diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Terusan, yang melibatkan lokaliti di SMK Terusan, Lahad Datu. Baki kluster yang masih aktif diseluruh Sabah ialah 29 kluster.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *