HomeUtama507 Projek Pelancongan Dilaksanakan Menerusi Geran Khas

507 Projek Pelancongan Dilaksanakan Menerusi Geran Khas

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 507 projek pelancongan di negeri ini khususnya di kawasan pedalaman berjaya dilaksanakan menerusi geran khas yang disalurkan kerajaan negeri.

Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan data, geran sejumlah RM10 juta yang disalurkan itu berupaya meringkan beban pemain industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Selain itum geran khas yang disalurkan itu juga telah membantu pemain industri pelancongan untuk bangkit semula.

“Geran khas itu digunakan untuk menaik taraf kemudahan pelancongan di 27 daerah dan kebanyakan di kawasan pantai barat dengan sejumlah 248 projek keseluruhannya.

“Daerah lain yang menerima manfaat daripada geran terbabit ialah 92 projek pelancongan di kawasan pedalaman, Sandakan (82), Kudat (45) dan Pantai Timur (40),” menurut kenyataan itu disini hari ini.

STB berkata, komponen projek berkenaan termasuklah naik taraf papan tanda, laluan pejalan kaki, dewan terbuka, pentas pertunjukan, tandas awam, jeti, pusat maklumat pelawat, laluan mendaki, mencantikan landskap, bengkel kraftangan, kawasan parkir dan sebagainya.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin berkata, para pegawai kementerian bersama pasukan STB telah turun padang untuk memastikan geran disalurkan itu digunakan sepenuhnya untuk semua projek berkaitan pelancongan yang telah diluluskan.

“Geran ini terbukti menjadi sumber penting dalam tempoh sukar ini, khususnya pengusaha pelancongan kawasan pedalaman.

“Banyak kemudahan asas pelancongan kini sudah dinaik taraf, ia bukti langkah positif diambil untuk memperkasakan destinasi pelancongan pedalaman.

“Kerajaan menerusi kementerian ini komited untuk menyediakan perkhidmatan serta layanan lebih baik kepada semua tetamu, khususnya pelawat antarabangsa yang bakal tiba apabila sempadan negara dibuka nanti,” katanya.

 STB telah membantu dalam menyalurkan geran khas berkenaan kepada pengusaha pelancongan yang terjejas akibat COVID-19. Setiap pemohon layak untuk menerima sejumlah RM20,000.

Selain pengusaha pelancongan pedalaman, pemohon lain termasuklah organisasi pelancongan bukan kerajaan, perkampungan kebudayaan, persatuan pelancongan, penyedia penginapan, operator pelancongan dan agensi kerajaan.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : MUIS jalin kerjasama dengan beberapa universiti bangun HHS...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya