DBKK Wujudkan Perkhidmatan ‘Drive In’

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mewujudkan Perkhidmatan ‘Drive In’ DBKK yang akan memberi kemudahan perkhidmatan kaunter kepada pelanggan tanpa perlu turun daripada kenderaan

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, kemudahan itu juga akan memudahkan pelanggan khususnya orang kurang upaya (OKU); warga emas dan wanita mengandung melaksanakan urusan yang disediakan.

“Pengwujudan perkhidmatan ini merupakan cara DBKK dalam menyokong aspirasi Kerajaan Negeri Sabah untuk mentransformasikan tadbir urus dalam meningkatkan ketelusan dan keberkesanan perkhidmatan awam.

“Orang awam adalah dialu-alukan untuk menggunakan perkhidmatan ‘Drive-in’ DBKK ini bermula hari ini dan beroperasi setiap Isnin sehingga Jumaat bermula jam 8 pagi sehingga 2 petang,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Noorliza berkata, sebanyak lima lot parkir khas disediakan bagi tujuan perkhidmatan ‘Drive-In’ berkenaan.

Katanya, antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah pembayaran cukai kadaran, pembayaran kompaun, pembelian kupon letak kereta, pembelian borang-borang dan pembayaran am.

“Walaubagaimanapun, orang awam yang datang berurusan dengan pihak petugas ‘Drive In’ DBKK hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 dan sentiasa memakai pelitup muka bagi membendung penularan wabak COVID-19-19 yang masih belum tamat,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *