HomeUtamaCOVID-19 : Sabah Kembali Catat Angka Jangkitan Dibawah Paras 1,000

COVID-19 : Sabah Kembali Catat Angka Jangkitan Dibawah Paras 1,000

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU : Sabah kembali mencatatkan angka jangkitan COVID-19 dibawah paras 1,000 iaitu sebanyak 796 kes dilaporkan pada hari ini dengan penurunan sebanyak 380 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kali terakhir Sabah mencatatkan kes di bawah paras 1,000 kes adalah pada 4 Februari lalu.

Katanya, sejumlah 15 daerah mencatatkan penurunan hari ini dengan beberapa daerah merekodkan angka penurunan yang banyak.

“Antaranya ialah Kota Kinabalu (-179 kes), Penampang (-78 kes), Tenom (-25 kes) dan Tuaran (-24 kes) manakala hanya lapan daerah mencatatkan peningkatan kes dan empat daerah kekal sebagaimana catatan semalam.

“Secara keseluruhan, hanya dua daerah  mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu 177 kes dan Tuaran 102 kes.

“Sejumlah 15 daerah mencatatkan kes dua angka sementara jumlah daerah yang mencatatkan kes satu angka ialah 10 daerah,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, meskipun jumlah daerah yang mencatatkan kes tiga dan dua angka telah berkurangan serta angka jangkitan yang lebih rendah di kebanyakan daerah namun perlu diambil perhatian bahawa peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi iaitu hampir 65 peratus.

Katanya, sebanyak 779 atau 97.86 peratus daripada 796 kes-kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, tiga kes dalam Kategori 3, 10 kes dalam Kategori 4 dan empat kes dalam Kategori 5.

Sementara itu, Masidi berkata, tiga kluster diisytiharkan tamat dengan dua daripadanya melibatkan kluster institusi pendidikan iaitu Kluster Jalan Taman Beringin, Kota Marudu dan Kluster Madai Dua, Kunak, manakala satu kluster lagi adalah kluster komuniti iaitu Kluster Kg. Weston, Beaufort. Jumlah kluster yang masih aktif di Sabah ialah 26 kluster.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya