HomeIsu tempatanSemangat Kejiranan, Perpaduan Perlu Terus Diperkukuh - Shahelmey

Semangat Kejiranan, Perpaduan Perlu Terus Diperkukuh – Shahelmey

Read Time:1 Minute, 7 Second

PENAMPANG: Pengukuhan semangat kejiranan haruslah dipupuk dalam memastikan semangat perpaduan di negeri ini terus dipelihara.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, kemuafakatan ini akan dapat ditingkatkan dengan mengadakan aktiviti-aktiviti bersama dikalangan komuniti.

Katanya, antara aktiviti yang perlu difokuskan di dalam sesebuah komuniti ialah kesejahteraan, keselamatan, kesihatan, serta kebersihan dan keindahan kawasan masing-masing.

“Saya percaya sekiranya kita dapat melakukan aktiviti-aktiviti di dalam kawasan ataupun komuniti kita berfokuskan empat agenda tersebut (Kesejahteraan, Keselamatan, Kesihatan serta Kebersihan dan Keindahan) maka kita akan dapat meningkatkan lagi keselesaan, kesejahteraan dan juga perpaduan dalam komuniti kita yang ada.

“Saya berharap ianya akan dapat meningkatkan dan mengukuhkan semangat perpaduan serta kejiranan dikalangan anggota masyarakat. Bersama-samalah kita menjaga kemuafakatan, semangat kejiranan, semangat kemasyarakatan dalam komuniti yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Jom Karnival Tamu Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Mat Salleh anjuran KRT Taman Mat Salleh di sini hari ini.

Shahelmey berkata, orang ramai diingatkan untuk terus mematuhi standard prosedur operasi (SOP) bagi mengelak penularan COVID-19 yang masih berada dalam masyarakat.

“Dalam kegembiraan kita mendengar pengumuman proses peralihan dari fasa pandemik ke fasa endemik, saya ingin menyeru dan mengingatkan kepada semua agar terus memastikan bahawa kita  mematuhi SOP yang digariskan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa agar dapat mengurangkan penularan virus COVID-19 ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya