HomePolitikGRS Sah Sebagai Entiti Politik Rasmi Di Sabah

GRS Sah Sebagai Entiti Politik Rasmi Di Sabah

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini sah menjadi sebuah entiti politik yang rasmi selepas berjaya didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Jumaat lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pendaftaran itu merupakan sesuatu perkembangan yang bersejarah dalam jajaran politik baharu di negeri ini.

“Untuk makluman bahawa GRS sudah pun diluluskan pendaftarannya pada Jumaat lalu.  Jadi ini adalah sesuatu perkembangan yang amat bersejarah dimana ini adalah satu jajaran politik baharu di Sabah.

“Kita harap dengan pendaftaran ini, kita akan dapat menyatupadukan lagi parti-parti yang ada di Sabah yang berminat untuk bersama-sama kita berjuang dalam GRS,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) disini hari ini.

Hadir sama Presiden Parti KDM yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap Datuk Peter Anthony.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, pihaknya telah menghantar permohonan kepada ROS beberapa minggu yang lalu.

“Jadi kita amat berterima kasih kepada pihak ROS yang telah meluluskan pendaftaran ini.

“Langkah seterusnya kita akan menggunakan gabungan ini untuk kita berjuang membangunkan negeri Sabah seperti mana sekarang yang kita panggil sebagai kerajaan GRS,”katanya.

Terdahulu, ketika berucap Hajiji berkata, pendaftaran itu dibuat sebagai menyahut permintaan rakyat yang ingin melihat GRS sebagai sebuah entiti politik yang sah.

“Marilah kita bersama-sama untuk menjunjung mandat yang rakyat berikan kepada kita untuk kemakmuran Sabah,”katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, pihaknya mengalu-alukan minat dan hasrat parti KDM untuk bersama-sama dengan GRS.

“InsyaAllah saya akan membawa permohonn ini untuk pertimbangan dan persetujuan rakan-rakan komponen GRS,”katanya.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular