HomeIsu tempatanTiga Pelajar UMS Sertai Program Erasmus+ di Turki

Tiga Pelajar UMS Sertai Program Erasmus+ di Turki

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Tiga pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) terpilih menyertai Program Erasmus+ di Cankiri Karatekin University, Turki bermula pada 7 Mac hingga 8 Julai 2022.

Irnah Narui (Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan), Yoggenderan Kalaichelvan (Fakulti Sains dan Sumber Alam) dan Dayangku Sharina Natasha Mohd Shafree (Fakulti Sains dan Sumber Alam) yang masing-masing berada di tahun kedua dan ketiga pengajian akan menjalani program mobiliti tersebut selama satu semester.

Timbalan Pengarah Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global (PPPG) UMS, Prof. Madya Dr. Wardatul Akmam Din berkata, hasil daripada Eurasian Higher Education Institutions (EURIE) yang diadakan pada 27 Februari hingga 1 Mac 2019 di Istanbul Turki, pihak UMS telah dipelawa oleh Cankiri Karatekin University, Turki untuk menandatangani perjanjian bagi mengadakan Program Erasmus+.

“Program ini adalah merupakan program berbiasiswa yang mana setiap pelajar yang mengikuti program tersebut turut diberikan elaun sara hidup dan elaun pengangkutan.

“Selain memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dan tinggal di negara asing, matlamat program ini juga adalah untuk meningkatkan pengalaman antarabangsa dan menerapkan silang budaya atau cross-cultural dan persediaan pelajar untuk mendepani cabaran global pada masa akan datang,” katanya.

Tambah Dr. Wardah, program Erasmus+ juga akan diteruskan dengan aktiviti staf mobiliti pada masa akan datang yang melibatkan staf akademik dan pentadbiran sebagai salah satu inisiatif untuk mempromosikan UMS di peringkat global.

Cankiri Karatekin University merupakan sebuah universiti yang ditubuhkan pada 28 Mei 2007 dan terletak di Wilayah Cankiri.

UMS turut dipelawa oleh pihak Manis Celal Bayar University, Turki untuk menjalankan program yang sama.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 21,000 anak pokok ditanam sempena Sambutan Hari Bumi Sedunia di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya