Peter Terbuka Terima Komen Parti Lain

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU : Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (PKDM) Datuk Peter Anthony bersifat terbuka kepada mana-mana parti yang memberi komen kepada PKDM terhadap permohonan untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Katanya, pihaknya juga bersedia untuk menerima sesuatu perkara yang baik selain turut sedia menerima teguran yang boleh membina kepada parti lain.

“Sudah pasti kita terbuka kepada mana-mana parti yang memberi komen kepada PKDM.  Bagi saya, saya menerima mana yang baik atau teguran yang baik kepada parti lain.

“Namun terpulang kepada Pengerusi GRS nanti yang akan menentukan kedudukan kita nanti,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri pelancaran PKDM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) disini hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, surat permohonan untuk memasuki atau menyertai GRS telah diserahkan kepada Pengerusi GRS.

Dalam pada itu, Peter berpandangan sudah tidak masanya parti-parti politik di Sabah melakukan gencatan politik demi kemajuan negeri Sabah.

“Saya berpandangan sudah tiba masanya gencatan politik di peringkat Sabah ini perlu kita hentikan.

“Pergolakan politik atau pergaduhan di antara parti-parti politik harus kita hentikan demi Sabah,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *