HomeIsu tempatanVSAT Kampung Rungus Terima Reaksi Positif Penduduk

VSAT Kampung Rungus Terima Reaksi Positif Penduduk

Read Time:1 Minute, 50 Second

TAMPARULI: Kemudahan internet jalur lebar berkelajuan tinggi menggunakan satelit teknologi ‘Very Small Aperture Terminal’ (VSAT) yang dilaksanakan di Kampung Rungus disini mendapat reaksi positif penduduk setempat.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, internet kini merupakan antara keperluan rakyat yang sangat penting bagi melancarkan urusan harian khususnya melibatkan pelajaran anak-anak, komunikasi, perniagaan secara dalam talian dan sebagainya.

“Saya berharap menerusi teknologi ini, sekurang-kurangnya akan dapat membantu meringankan kesukaran para penduduk yang selama ini mencari akses internet untuk urusan harian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis gimik perasmian VSAT tersebut di Balai Muhibbah Kampung Rungus, disini kelmarin.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, kemudahan jangka pendek itu dilihat mampu membantu penduduk berkomunikasi dengan keluarga yang berada di bandar atau tempat lain.

“Pada masa sama, kerajaan akan sentiasa memikirkan cara terbaik untuk membantu penduduk luar bandar yang memerlukan bantuan, termasuklah kemudahan akses internet,” katanya.

Rata-rata pemimpin kampung dan penduduk menghargai usaha murni pemimpin tersebut bagi memastikan penduduk kampung tidak ketinggalan dalam arus pembangunan teknologi.

Ketua Kampung Rungus, KK Sibidol Misun, berkata, penduduk kampung sangat bersyukur kerana tidak lagi perlu ke kawasan lebih tinggi untuk mendapat akses internet, seperti sebelum ini.

“Biasanya penduduk dalam kalangan orang muda akan pergi ke kawasan tinggi atau keluar ke kawasan yang mempunyai liputan internet lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Operasi syarikat Serba Dinamik, Phillistins Lajumin, berkata, kemudahan tersebut merupakan peruntukan yang dibiayai secara peribadi oleh Jahid, manakala mereka merupakan syarikat bertanggungjawab melaksanakan pemasangannya.

Seorang pelajar Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenghilan, Christiana Matius, 14 tahun, bersyukur dan menghargai sumbangan penuh makna itu.

Menurut Christiana, kemudahan itu sudah pasti dapat membantu dalam mempermudahkan kerja-kerja mereka terutamanya dalam mengulang kaji pelajaran dan mencari maklumat penting di dalam internet, selain dapat berhubung dengan guru dan kawan-kawan sekolah.

“Sebelum ini, biasanya kami terpaksa naik ke satu kawasan tinggi yang kami panggil Bukit Tir semata-mata untuk mendapatkan liputan internet yang lebih baik, tetapi dengan adanya VSAT ini, kami tidak perlu lagi memanjat bukit,” katanya gembira.

Turut hadir pada program tersebut, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, Setiausaha Perhubungan Kepada Menteri, Romeo Sindeh, dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK), Nysius Lipon.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular