HomeIsu tempatanBelia Diseru Aktif Dalam Program Anjuran Kerajaan

Belia Diseru Aktif Dalam Program Anjuran Kerajaan

Read Time:1 Minute, 14 Second

RANAU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Joachim Gunsalam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang menyeru lebih ramai golongan muda melibatkan diri dengan program-program belia yang dianjurkan oleh Kerajaan melalui agensi-agensinya.

Dr. Joachim membuat seruan itu di majlis perasmian program pemimpin bersama belia Kampung Meridi di sini, kelmarin.

Mesej beliau itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Yubidi Gumpoyo yang mewakilinya di majlis tersebut.

Yubidi turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada Angkatan Belia Islam Sabah (ABIM) yang juga merupakan penganjur program bersama Kelab Belia Meridi kerana telah memberikan sokongan dengan membekalkan sumbangan bantuan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan seperti warga emas.

“Terima kasih diucapkan juga kepada Kementerian Belia dan Sukan Sabah atas peruntukan yang disediakan”, kata Yubidi.

“Aktiviti belia ini lebih bermanfaat kepada golongan belia daripada melibatkan diri dengan kegiatan tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah (air ketum),” tambahnya lagi.

Program ini diyakini dapat memberikan motivasi kepada kelab belia yang berdaftar di Ulu Sugut iaitu Belia Meridi, Belia Betong, Belia Karagasan dan Belia Mengkapoh.

Antara pengisian program selama dua hari ini ialah aktiviti ceramah serta sukan bola tampar dan badminton.

Turut hadir Yang Dipertua ABIM Ranau, Mohd Fazli Middie; Ketua Penerangan Majlis Belia Sabah, Abdul Wahid Razak; Pengerusi Kelab Belia Meridi, Mohd Fadzwan Ali; Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Jeffrey Ikob; Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Pedalaman, Patrick Suini; serta para penduduk kampung.

Dalam program berkenaan, Yubidi turut menyampaikan sijil penyertaan belia kepada ahli yang baharu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular