Persidangan DUN Sabah Bermula Isnin Depan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:31 Second

KOTA KINABALU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan berlangsung selama empat hari bermula Isnin depan.

Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga DUN Sabah ke-16 disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Bangunan DUN Sabah pagi tadi.

Pada pembukaan rasmi itu, Tun Juhar turut menyampaikan ucapan dasar kerajaan negeri yang akan turut dibahaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sepanjang persidangan minggu depan.

Istiadat itu turut disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan tiga timbalannya Datuk Seri Bung Moktar Radin; Datuk Seri Dr Jefrey Kitingan dan Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Selain itu, turut hadir Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *