HomeUtamaCOVID-19 : Sabah Kembali Catat Peningkatan Kes Jangkitan

COVID-19 : Sabah Kembali Catat Peningkatan Kes Jangkitan

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Sabah kembali merekodkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 selepas beberapa hari mencatatkan penurunan apabila sebanyak 708 kes dilaporkan pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 117 kes berbanding semalam.

“Sebanyak 15 daerah mencatatkan peningkatan kes baharu dengan lima daripadanya merekodkan pertambahan yang agak besar iaitu Beaufort +30 kes, Kota Kinabalu +28 kes, Penampang +28 kes, Tuaran +24 kes dan Tawau +23 kes.

“Sebagai peringatan, peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi iaitu hampir 64 pertaus daripada kes keseluruhan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, pergerakan turun naik jumlah kes harian dibeberapa daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran banyak mempengaruhi jumlah kes harian di Sabah.

Katanya, walaupun 11 daerah mencatatkan penurunan kes hari ini, tetapi penurunan tersebut adalah pada jumlah yang kecil dan tidak dapat mengimbangi jumlah pertambahan kes baharu di 15 daerah khususnya di lima daerah yang mencatatkan penambahan kes baharu yang tinggi.

“Pada hari ini, satu lagi kluster institusi pendidikan ditamatkan iaitu Kluster Jalan Sokid di Ranau dan dengan penamatan ini masih ada 21 kluster yang masih aktif di Sabah.

“Sebanyak 693 atau 97.88 peratus daripada 708 kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, tiga kes dalam Kategori 3, tujuh kes dalam Kategori 4 dan lima kes dalam Kategori 5,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya