HomeSukanSabah FC Tidak Menyokong Penolakan Mewakili Skuad Kebangsaan

Sabah FC Tidak Menyokong Penolakan Mewakili Skuad Kebangsaan

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Sabah FC menyokong penuh dan sentiasa bekerjasama terhadap pasukan kebangsaan dan pemilihan para pemain.

Dalam satu kenyataan, pengurusan Sabah FC akan menasihati Rizal Ghazali untuk memberi penjelasan terperinci kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas pemain pertahanan itu menolak pelawaan dan tidak hadir menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan.

“Sebelum ini, Rizal menyatakan dia akan pulang ke kampung halamannya di Kedah untuk menguruskan hal peribadi keluarga.

“Bagaimanapun, Pengurus Sabah FC Marzuki Nasir akan berkomunikasi dengan Rizal untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai situasi berkenaan,” kata kenyataan itu disini hari ini.

Kenyataan itu turut berkata, Sabah FC tidak membenarkan pemain pasukan itu untuk menolak panggilan pasukan kebangsaan.

Menurut Sabah FC, mewakili Harimau Malaya adalah satu pengiktirafan tertinggi yang mana seseorang pemain harus berasa bangga.

Semalam, Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, pemain pertahanan Sabah FC Rizal ghazali berdepan hukuman berat sekiranya tidak mempunyai alasan kukuh selepas menolak pelawaan menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan.

Katanya, bentuk hukuman akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu.

Menurutnya lagi, setakat ini pihaknya tidak boleh mengambil apa-apa tindakan kerana kem latihan pusat masih berlangsung di luar tarikh aksi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

“Sebenarnya kita hanya boleh ambil tindakan jika dia tidak menghadiri latihan kebangsaan pada tarikh FIFA. Jadi kita kena tunggu sampai tarikh FIFA itu, sebab sekarang ini bukan tarikh FIFA lag,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya