HomeIsu tempatan44 Kanak-Kanak Taska,Tadika KYS Terima Sijil Pendidikan Prasekolah

44 Kanak-Kanak Taska,Tadika KYS Terima Sijil Pendidikan Prasekolah

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU : Seramai 44 orang kanak-kanak dari empat buah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) milik Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) berjaya menerima sijil pendidikan prasekolah.

Antara Taska dan Tadika yang terlibat adalah Taska Ria, Taska Kristal Ria, Tadika Kodidik dan Tadika Ria.

KYS dalam satu kenyataan berkata, semua kanak-kanak itu diraikan pada Majlis Penyampaian Sijil Kanak-Kanak yang bertemakan We Are Stars di Bangunan Tadika Ria, Kompleks Ibu Pejabat KYS disini hari ini.

Majlis yang diadakan itu turut mematuhi serta mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pada majlis itu juga seramai enam pelajar turut mendapat sijil cemerlang.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada kanak-kanak prasekolah yang telah berjaya menamatkan sesi persekolahan di prasekolah sehingga mendapat pengiktirafan dan penghargaan.

“Semoga kanak-kanak ini akan menjadi insan yang cemerlang untuk masa hadapan sejajar dengan tunggak matlamat KYS untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan mempunyai kredibiliti tinggi.

“KYS turut merakamkan ucapan tahniah kepada para guru dan ibu bapa atas sokongan dan dedikasi mereka dalam mendidik serta memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak tersebut,” menurut kenyataan itu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

131 murid SK Karakit sertai program pendidikan bencana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular