HomeUtamaKolaborasi Pernas, DIDR Lahirkan Ramai Usahawan IKS Sabah

Kolaborasi Pernas, DIDR Lahirkan Ramai Usahawan IKS Sabah

Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU:  Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) menandatangani memorandum kolaborasi (MoC) dengan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan Sabah (DIDR) dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan di Sabah.

Menerusi kolaborasi itu, usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) akan menerima bimbingan melalui projek ‘Be Your Own Boss’ (BYOB) dan bantuan geran sebanyak RM400,000 yang dikenali sebagai Bantuan IKS (BAIKS) di Sabah.

Ia juga bertujuan membantu usahawan-usahawan kecil bumiputera dan bukan bumiputera di Sabah yang terjejas perniagaan berikutan kesan pandemik COVID-19.

Pengerusi Pernas, Datuk Zakaria Mohd Edris berkata, kolaborasi itu juga bermatlamat untuk meningkatkan bilangan usahawan-usahawan IKS di Sabah untuk menceburi bidang perniagaan berlandaskan sistem francais dan prafrancais.

Katanya, projek BYOB menawarkan dua program di bawahnya iaitu program ‘Successful Women Entrepreneurship Engagement Talent (SWEET)’ untuk wanita dan program ‘Young Entrepreneurship Engagement Talent (YOUNITY)’ untuk golongan belia.

“Melalui projek BYOB, para usahawan berpeluang mengikuti latihan berstruktur, padanan perniagaan, pembiayaan dan pemantauan perniagaan selama enam bulan apabila bermulanya perniagaan.

“Pernas menyasarkan untuk melahirkan 1,000 francaisi dan prafrancaisi melalui dua  program tersebut. 

“Sejak projek ini diperkenalkan, seramai 1,070 orang peserta telah mendaftar sebagai peserta BYOB dan sebanyak RM19 juta diperuntukkan dalam melaksanakan projek BYOB,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Zakaria berkata, MID akan menyalurkan geran kepada usahawan yang berjaya menyertai projek BYOB menerusi agensinya, DIDR dengan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi setiap usahawan. 

Katanya, dijangka sekurang-kurangnya 20 usahawan di Sabah akan mendapat manfaat daripada kolaborasi yang dilaksanakan.

“Majlis pada hari ini menandakan satu lagi komitmen dan inisiatif Pernas dalam merealisasikan mandat dalam meneraju industri francais di Malaysia.

“Pernas sentiasa mencari peluang untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, Kementerian, pihak swasta, penggiat industri dan juga badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan amnya seterusnya merancakkan pertumbuhan industri francais.” Katanya.

Dengan jumlah geran yang diperuntukkan oleh DIDR, Pernas menawarkan pakej perniagaan daripada jenama di bawah program Business In Transformation (BIT) seperti Alap-Alap, Mr. Doonat, Keropok Lekor Masyhur, Nuvis, Chik Satay, Eyda Ice-Cream dan Rollie Café. Dalam program yang sama, terdapat sesi penyampaian mock cheque kepada tujuh usahawan prafrancaisor bagi jenama-jenama tersebut. 

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya