HomeIsu tempatanPenduduk Dari Enam Kampung Zon Kawiyan Sertai Program Pemerkasaan Adat

Penduduk Dari Enam Kampung Zon Kawiyan Sertai Program Pemerkasaan Adat

Read Time:1 Minute, 39 Second

RANAU: Kira-kira 60 penduduk dari enam kampung sertai program pemerkasaan adat Anak Negeri Mukim Kaingaran Zon Kawiyan, Ulu Sugut, di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, tujuan program diadakan adalah bagi memperkasakan lagi adat
suku kaum Dusun di daerah ini.

Program yang diadakan Dewan Mini Kg. Manikulau, Kawiyan, Ulu Sugut melibatkan enam kampung iaitu Kg. Kawiyan, Kg. Manikulau, Kg. Paka, Kg. Kilamas, Kg. Patau, Kg. Giring dan Kg. Kilanas.

Menurut Dr. Joachim, sebuah buku adat resam telah disusun dan dikemaskini berdasarkan kepada warisan adat resam yang diwarisi dari nenek moyang sejak dahulu kala. Antara lain, ia memberikan garis panduan kepada ketua-ketua kampung (6 kampung) cara-cara penyelesaian kes, “Sogit” bagi perlanggaran adat dan pentadbiran balai adat.

“Buku adat ini juga akan menjadi rujukan pada masa akan datang oleh generasi seterusnya,” katanya semasa merasmikan majlis tersebut.

Tambahnya lagi, ia (buku adat) bukan sahaja menjadi pemudahcara kepada para pemegang adat (Ketua Kampung) tetapi juga akan dipatuhi dan dihormati oleh penduduk dalam mukim berkenaan serta semua anggota masyarakat.

Dr Joachim berharap, Ketua-ketua Kampung dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) dapat mempraktikkan apa yang diperoleh dalam program ini yang mana sebanyak 40 adat telah dibentangkan.

Dalam pada itu, Dr. Joachim memuji usaha dilakukan Mahkamah Anak Negeri (MAN) Ranau untuk memantapkan lagi adat dan meminta agar ia diteruskan di kawasan mukim yang lain di Ranau.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengerusi penganjur, Ketua Anak Negeri (KAN) Jabay Surugau serta semua yang terlibat menjayakan program.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik kepada Dr. Joachim, Yubidi Gumpoyo, Penolong Pegawai Daerah Ranau (Pentadbiran), Florencia Padasian; Pegawai Pertanian Daerah Ranau, Zaba Awalidin; Ketua Daerah (OKK) Muhasip Ruman; Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT), Jaidi Adrian Gulis; Pengerusi Persatuan Ibubapa Komuniti Sekolah (PIBKS) SK Kawiyan, Jainis Oronggit; wakil Persatuan Persara Bekas Guru Besar Ranau, KAN Sawalin Zakaria dan JPKK.

Selain itu, satu ceramah turut diadakan oleh Jabatan Pertanian dan Jabatan Tanah daerah Ranau.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya