HomeUtamaCOVID-19 : Tiga Kluster Diisytiharkan Tamat

COVID-19 : Tiga Kluster Diisytiharkan Tamat

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Tiga lagi kluster di Sabah diisytiharkan tamat pada hari ini membabitkan dua daerah di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua daripadanya adalah di daerah Ranau iaitu Kluster Puri Ranau dan Kluster Jalan Sugut Ranau.

Katanya, satu kluster lagi ialah Kluster Kuala Tongod di Daerah Tongod dan dengan penamatan tiga  kluster ini, baki kluster yang masih aktif di Sabah ialah sembilan kluster.

“Pada hari ini Sabah mencatatkan angka jangkitan baharu sebanyak 402 kes, penurunan marginal sebanyak 14 kes berbanding jumlah semalam.

“Daerah Kota Kinabalu, Penampang, Papar dan Tuaran yang sering menjadi daerah-daerah penentu jumlah keseluruhan kes harian di Sabah mencatatkan kes-kes baharu yang lebih rendah hari ini.

“Kota Kinabalu mencatat 119 kes (-18), Penampang 34 kes (-9), Papar 31 kes (-18) dan Tuaran 17 kes (-15),” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, jumlah daerah yang mencatatkan kes baharu dua angka bertambah daripada tujuh daerah semalam kepada 13 daerah hari ini.

Katanya, sebanyak 11 daerah pula mencatatkan kes satu angka sementara Semporna dan Tongod tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

“Sebanyak 388 atau 96.52 peratus daripada 402 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, dua kes dalam Kategori 3, tujuh kes dalam Kategori 4 dan lima kes dalam Kategori 5,” katanya

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular