DUN Sabah : Baitul Hikmah Beroperasi Mei 2022

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU : Perpustakaan Islam Sabah atau Baitul Hikmah dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada Mei depan.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, Perpustakaan itu merupakan komitmen Kerajaan bagi memastikan rakyat di Sabah mempunyai alternatif rujukan dalam pelbagai disiplin ilmu berkaitan agama,kebudayaan dan tamadun Islam.

“Pengisian utama perpustakaan ini adalah untuk menjadi tempat rujukan bagi bidang-bidang teras dan disiplin ilmu Islam.

“Buku-buku rujukannya adalah dari kitab-kitab yang muktabar dan terkenal dalam bidang keilmuan Islam,” katanya,

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ruslan Muharam (PBS-Lumadan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Mohd Arifin berkata, Perpustakaan ini tidak terhad kepada penyediaan bahan bacaan kepada umat Islam tetapi sebagai pusat pembudayaan minat terhadap ilmu dan lambang kekuatan intelek masyarakat Islam negeri ini.

Katanya, Perpustakaan ini akan diurus secara sistematik dengan pembangunan koleksi, pengkatalogan dan sirkulasi.

“Selain itu ia akan menyediakan prasarana digital dan kemudahan capaian internet bagi mengakses kitab-kitab rujukan, jurnal, tesis, disertasi dan lain-lain.

“Perpustakaan ini juga akan menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah perpustakaan awam dan institusi pengajian tinggi dalam dan luar negeri bagi menambah koleksi ilmu dan rujukannya,” katanya.

Katanya, Perpustakaan yang terletak berhampiran Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) itu juga akan diletakkan pengurusannya secara bersama di antara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan MUIS.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *