SESB serah sumbangan kepada waris anggota terkorban,cedera dalam peristiwa Tandou

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:33 Second

KOTA KINABALU : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyerahkan sumbangan sebanyak RM60,000 kepada lapan waris anggota polis yang terkorban dan 12 yang cedera dalam peristiwa Tandou Lahad Datu.

Sumbangan sebanyak RM50,000 turut disalurkan ke Tabung Khas Polis sempena Perayaan Hari Polis ke-215.

Penyerahan sumbangan melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CRS) itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir. Mohd Yaakob Jaafar kepada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah.

Majlis penyerahan disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Majlis Penyerahan enam buah bot dan enjin sangkut kepada PDRM Sabah dan penyerahan bendera Sabah serta sumbangan kepada peserta ‘Everest Expedition 2022 di Menara Kinabalu disini hari ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *