DUN Sabah : KPLB Sabah cadang kos pembinaan PPRT dikaji semula

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah akan mencadangkan kepada KPLB Persekutuan untuk mengkaji semula kos pembinaan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, kos pembinaan PPRT itu perlu dikaji berikutan kos bahan binaan kini telah meningkat.

“Tidak dinafikan bahawa harga material sudah meningkat dan kita telah mengangkat perkara ini kepada KPLB Persekutuan untuk dikaji harganya.

“Dipihak KPLB, saya difahamkan harga itu sedang diputuskan diperingkat kabinet,” katanya bagi menjawab soalan tambahan Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub (STAR-Liawan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Jahid berkata,pihaknya akan memaklumkan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tentang perkembangan seterusnya apabila nilai kos telah diputuskan.

Terdahulu, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Harun Durabi ketika menjawab pertanyaan Mohd Arsad Bistari (BN-Tempasuk) berkata, Sabah mendapat pertambahan kouta bagi rumah PPRT sama ada bina baharu atau baikpulih.

Harun berkata, bagi program rumah PPRT bina baharu, negeri Sabah mendapat kuota sebanyak 700 unit rumah.

Katanya, manakala untuk program rumah PPRT baik pulih, negeri Sabah akan menerima kuota sebanyak 2,900 unit rumah.

“Bagi agihan Rumah PPRT bina baharu untuk tahun 2022, kementerian akan meneliti kaedah agihan tersebut berdasarkan kepada keperluan untuk setiap DUN atau daerah termasuklah daerah Kota Belud,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *