HomeUtamaKerajaan Negeri sumbang bot,enjin sangkut kepada PDRM

Kerajaan Negeri sumbang bot,enjin sangkut kepada PDRM

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 30 buah bot beserta enjin sangkut diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah bagi tujuan menyelamat semasa bencana banjir dan juga keselamatan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bot beserta enjin sangkut yang diserahkan itu merupakan sumbangan Kerajaan Negeri kepada PDRM bagi tujuan menyelamat dan keselamatan.

“Pada hari ini Kerajaan Negeri menyumbang sebanyak 30 buah bot serta enjin sangkut kepada pasukan polis.

“Bot ini akan digunakan pihak polis dalam membantu menangani banjir di 10 buah daerah di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan enam buah bot dan enjin sangkut kepada PDRM Sabah yang diterima Pesurujaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah di Menara Kinabalu disini hari ini.

Turut diadakan penyerahan sumbangan SESB kepada waris, mangsa peristiwa Tanduo dan penyerahan bendera Sabah serta sumbangan kepada peserta ‘Everest Expedition 2022.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri berharap dengan sumbangan seumpama itu akan dapat membantu meringankan tugas pasukan polis dalam memantau keadaan banjir di daerah-daerah terlibat sekiranya berlaku.

Pada majlis itu, sebanyak enam buah bot diserahkan bagi fasa satu manakala baki sebanyak 24 buat bot lagi akan diserahkan kemudian.

Bot-bot berkenaan akan diagihkan ke 10 buah daerah yang sering dilanda bencana banjir iaitu di Beaufort; Tenom; Sipitang; Kota Marudu; Pitas; Sandakan; Beluran; Kinabatangan; Penampang dan Kota Belud.

Jumlah keseluruhan bot yang diserahkan kepada PDRM adalah melibatkan kos bernilai RM360,000.

RELATED ARTICLES
Utama

Sydney dinobat pemenang peringkat serantau Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya