HomeIsu tempatanUMS raih dua gangsa dalam V-AIS 2022

UMS raih dua gangsa dalam V-AIS 2022

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Dua penyelidikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya meraih gangsa pada pameran inovasi Virtual Asian Innovation Show (V-AIS) 2022.

Kejayaan itu diperoleh melalui produk inovasi makanan ‘CaShoots Nugget’ dan Bosou Kubis.

Cashoot Nuggets merupakan inovasi makanan sihat oleh pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit Interaksi Institusi dan Masyarakat (INTERIM) Seksyen 7, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), UMS.

Inovasi tersebut dihasilkan di bawah bimbingan jurulatih Kursus INTERIM PKPP, Sakinah Ithnin sekali gus membawa nama UMS berada di kelompok tiga terbaik dalam kategori Pelajar Universiti / Kolej daripada 87 peserta yang mengambil bahagian.

Selaku pencatat nama sebagai penyelidikan UMS yang meraih pingat gangsa kedua dalam V-AIS 2022, inovasi Bosou Kubis merupakan hasil ciptaan bersama antara Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK); Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP); dan pihak komuniti.

Inovasi berasaskan makanan tradisi masyarakat Kadazandusun di Sabah itu diterajui Pensyarah Kanan FSSK merangkap Pengarah PKPP, Dr. Jurry Foo @ Jurry Michael; dan Pensyarah Kanan FPEP merangkap Timbalan Pengarah PKPP, Dr Sharifah Rahama Amirul; serta Lahangan Lakim dari komuniti setempat.

Mereka meraih anugerah tersebut melalui kategori Ahli Akademik dan Industri yang menyaksikan 67 peserta mengambil bahagian.

Berlangsung selama dua hari secara dalam talian, V-AIS 2022 diadakan bertujuan mencari  penyelesaian inovatif, kos efektif dan praktikal untuk halangan berkaitan kebolehcapaian dalam komuniti.

Ia terbahagi kepada tiga kategori termasuk kategori Sekolah Rendah / Menengah yang menyaksikan penyertaan lebih 200 peserta negara Asia dalam kesemua kategori yang dipertandingkan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya