HomeUtamaCOVID-19 : KK kembali catat kes tiga angka

COVID-19 : KK kembali catat kes tiga angka

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU : Kota Kinabalu kembali mencatatkan kes tiga angka manakala kes harian di Sabah turut kembali meningkat dengan 436 kes di laporkan pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu merupakan pertambahan sebanyak 48 kes berbanding semalam.

“Kota Kinabalu kembali mencatatkan kes tiga angka dengan 123 kes (+32). Daerah Tuaran juga mencatatkan peningkatan sebanyak 13 kes (41).

“Sebanyak 10 daerah mencatatkan kes dua angka, antaranya Penampang 47 kes (-3), Papar 44 kes (+21), Sandakan 27 kes (+21) dan Putatan 23 kes (+10),” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, jumlah daerah yang mencatatkan kes satu angka bertambah kepada 15 daerah hari ini manakala Kalabakan menjadi daerah tunggal yang tidak merekodkan sebarang kes baharu.

“Satu peringatan bahawa risiko jangkitan kekal tinggi dan boleh merebak dengan cepat dan meluas pada bila-bila masa dimana peratusan jangkitan sporadik adalah tinggi.

“Hari ini peratusan kes baharu yang berpunca daripada jangkitan sporadik ialah 66.06 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan,” katanya.

Katanya, sebanyak 427 atau 97.94 peratus daripada 436 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, tiga kes dalam Kategori 3, enam kes dalam Kategori 4 dan tiada kes dilaporkan dalam Kategori 5.

RELATED ARTICLES
Utama

Warga emas ditemui lemas semasa memukat di pantai Kuala Putatan 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya