Kolaborasi JaPEN, JIM Sabah mudahkan hebahan maklumat

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Kolaborasi strategik Jabatan Penerangan (JAPEN) Sabah dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah memudahkan hebahan maklumat kepada masyarakat.

Pengarah Japen Sabah, Nadzerah Abdullah berkata, melalui kerjasama itu, JIM Sabah dapat berkongsi dengan masyarakat mengenai program serta aktiviti yang dilaksanakan.

Menurutnya, program terdekat yang akan dihebahkan melalui Unit Bergerak Info On Wheels (IOW) Pejabat Penerangan Daerah ialah hebahan di kawasan Pegalungan.

“Program terdekat dan dijangka mula beroperasi Mei ini ialah pas menyeberang sempadan di Pegalungan yang mana masyarakat boleh terus mendapatkan pas tersebut tanpa perlu ke Keningau.

“Selain itu, kita juga memperkenalkan Pusat Maklumat Rakyat (PMR) yang beroperasi di setiap daerah sebagai medium penyampaian maklumat penting JIM Sabah kepada masyarakat, di samping perkongsian di media sosial seperti Instagram, TikTok dan Facebook yang menjadi saluran maklumat semasa pada masa kini,” ujarnya.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media Siber Geraldine Voo Yee Wen, wakil Japen Sabah serta pegawai-pegawai Jabatan Imigresen negeri Sabah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *