HomeUtamaDUN Sabah : Sabah beri keutamaan kampung belum ada bekalan elektrik menerusi...

DUN Sabah : Sabah beri keutamaan kampung belum ada bekalan elektrik menerusi BELB

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah akan memberi keutamaan kepada kampung-kampung yang belum mempunyai bekalan elektrik dan akan dilaksanakan menerusi program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB).

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Samad Jambri @ Jamri berkata, ianya akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun bermula 2021 sehingga 2025.

“Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi melalui sistem profail kampung, pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan membuat perancangan bagi tempoh lima tahun bermula 2021 sehingga 2025 dengan mensasarkan peratusan liputan bekalan elektrik mencapai 99.9 peratus menjelang akhir tahun 2025.

“Program cadangan BELB ini akan memberi manfaat kepada 318 kampung dan 16,464 buah rumah di negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin (BN-Nabawan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Samad berkata, bagi daerah Nabawan, sebanyak 66 buah kampung telah dikenalpasti belum mempunyai bekalan elektrik melibatkan 982 buah rumah.

Katanya, senarai kampung ini telah diserahkan kepada KPLB Persekutuan melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) sebagai cadangan untuk dilaksanakan dalam RMKe-12.

“Manakala, bagi daerah Keningau sehingga kini sebanyak 111 kampung melibatkan 5,345 buah rumah telah dibekalkan elektrik melalui program BELB dan masih terdapat projek BELB di beberapa kampung yang masih dalam peringkat pelaksanaan yang dijangka siap pada pertengahan tahun 2022.

“Bagi kampung-kampung di DUN Liawan yang belum mempunyai bekalan elektrik sepenuhnya, di mana terdapat rumah-rumah yang tidak mempunyai bekalan elektrik kerana tidak termasuk/tertinggal dari projek BELB sebelum ini,” katanya.

Katanta, bekalan elektrik ke rumah tersebut boleh dipohon dengan mengemukakan permohonan ke pejabat SESB Keningau.

“Permohonan yang layak akan disambungkan bekalan elektrik melalui program rumah tertinggal menggunapakai peruntukan revolving fund yang disalurkan kepada SESB daripada KPLB Persekutuan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular