HomeUtamaCOVID-19 : Tiada daerah di Sabah catat kes tiga angka

COVID-19 : Tiada daerah di Sabah catat kes tiga angka

Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU : Tiada lagi daerah di negeri ini yang mencatatkan kes harian COVID-19 tiga angka apabila Kota Kinabalu kembali mencatat kes jangkitan dua angka pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Sabah kembali mencatatkan kes jangkitan COVID-19 dibawah paras angka 400 dengan 372 kes dilaporkan hari ini dengan penurunan sebanyak 64 kes berbanding semalam.

“Kota Kinabalu kembali mencatat jangkitan baharu dua angka dengan 96 kes berbanding 123 kes semalam.

“Ini bermakna tidak ada lagi daerah di Sabah yang mencatat kes harian tiga angka. Beberapa daerah yang berhampiran dengan Kota Kinabalu seperti Papar, Putatan dan Tuaran mencatat angka baharu yang lebih rendah, tetapi Penampang merekodkan pertambahan enam kes berbanding semalam,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, peratusan kes baharu yang berpunca daripada jangkitan sporadik turun sedikit daripada 66.06 peratus semalam kepada 58.33 peratus hari ini tetapi angka ini masih dianggap tinggi.

Katanya, kadar jangkitan sporadik di Kota Kinabalu ialah 55.2 peratus, Penampang  64.2 peratus, Putatan 61.9 peratus dan Tuaran 52.2 peratus.

“Ini bermakna risiko jangkitan secara sporadik masih tinggi. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi prosedur standard operasi (SOP) semasa berada di khalayak ramai, khususnya di tempat-tempat yang penuh sesak.

“Walaupun jumlah jangkitan baharu menurun hari ini tetapi daerah yang mencatatkan kes dua angka bertambah daripada 10 daerah semalam kepada 11 daerah.

“Ini tidak termasuk Kota Kinabalu yang mencatat hanya dua angka kes baharu hari ini berbanding tiga angka sebelumnya,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, sebanyak 13 daerah (15 daerah semalam) mencatat kes satu angka sementara Semporna dan Kalabakan tidak mencatat sebarang kes baharu.

Katanya, pergerakan turun naik kes harian agak sukar diramal dimana ianya banyak dipengaruhi oleh sikap serta kadar pematuhan orang ramai terhadap semua SOP yang berkuatkuasa .

“Pada hari ini,dua kluster ditamatkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) iaitu Kluster Tembok di Kota Kinabalu dan Kluster Jalan Bandau di Kota Marudu. Jumlah kluster yang masih aktif di Sabah ialah tujuh kluster.

“Seramai 364 atau 97.85 peratus daripada 372 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, tiga orang dalam Kategori 3, empat orang dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular