HomeIsu tempatanFahami cabaran kebolehpasaran graduan

Fahami cabaran kebolehpasaran graduan

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Semua pihak diminta untuk terus memahami cabaran kebolehpasaran graduan dengan mengambil kira kemahiran yang diperlukan majikan dalam pengambilan siswazah.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, majikan bukan hanya mencari kemahiran teknikal yang berkaitan malah turut mencari kualiti lain melebihi kelayakan akademik.

Soft skills yang relevan akan menjadikan calon yang kompetitif kepada para majikan yang bermanfaat bagi organisasi masing-masing.

“Selain daripada kemahiran utama yang berkaitan dengan fungsi pekerjaan, graduan perlu melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah penting seperti kemahiran pengurusan masa dan organisasi, kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang berkesan serta kerja berpasukan yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena UMS Career Power Week 2022 di Auditorium Pusat Pengajian Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah (UMS) disini hari ini.

Andi berkata, pihaknya gembira dan berbesar hati apabila Yayasan Juwita dan UMS mengambil inisiatif seumpama itu yang dapat membantu pelajar dalam menghadapi cabaran yang akan datang.

Sementara itu, Andi berkata, senario pengajian tinggi global pada masa ini amat terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda.

Katanya, tempoh krisis dan pemulihan yang berpanjangan memerlukan semua pihak mencari solusi yang lebih kreatif dan inovatif bagi memastikan kelestarian institusi pendidikan tinggi terpelihara.

“Adalah suka saya nyatakan bahawa di Kementerian Belia dan Sukan Sabah menyokong hasrat dan fokus strategik ketiga Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di mana kita memfokuskan untuk  “Memperkukuh Kebolehpasaran Graduan”.

“Penurunan kadar kebolehpasaran graduan sebanyak 1.8 peratus kepada 84.4 peratus pada tahun 2020 berbanding 86.2 peratus pada tahun 2019 menunjukkan pandemik COVID-19 sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap kebolehpasaran graduan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima sumbangan untuk projek kajian dan pembudayaan STEM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular