HomeUtamaCOVID-19 : Sabah menuju ke fasa penstabilan,kes turun dibawah paras angka 300

COVID-19 : Sabah menuju ke fasa penstabilan,kes turun dibawah paras angka 300

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Sabah terus mencatat penurunan kes jangkitan COVID-19 dibawah paras angka 300 dengan 269 kes dilaporkan pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu merupakan penurunan sebanyak 103 kes berbanding semalam.

“Kota Kinabalu mencatat penurunan jangkitan baharu yang terbesar dengan hanya 36 kes berbanding 96 kes semalam.

“Penampang juga mencatat jumlah kes baharu yang sama dengan Kota Kinabalu, iaitu 36 kes, 17 kes lebih rendah daripada sebelumnya,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, Putatan dan Papar mencatat penurunan marginal tetapi Tuaran naik tiga kes kepada 26 kes.

“Sebanyak 15 daerah mencatatkan jumlah kes harian dibawah 10 kes, satu petanda Sabah sedang menuju ke fasa penstabilan.

“Sembilan daerah mencatatkan kes baharu dua angka dengan jumlah jangkitan tertinggi 36 kes di Kota Kinabalu dan Penampang.

“Semporna, Telupid dan Tongod tidak mencatat sebarang kes baharu. Walau bagaimanapun peratusan jangkitan sporadik masih tinggi pada kadar 57.62 peratus,” katanya.

Menurutnya, risiko jangkitan dan perebakan kekal tinggi khususnya di tempat-tempat awam yang ramai orang.

“Seramai 266 orang atau 98.89 peratus  daripada 269 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.

“Tiga orang berada dalam Kategori 4. Tidak ada pesakit dalam Kategori 3 dan Kategori 5,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya